Sunday, July 29, 2007

Sambal Tempoyak Kacau

For those yang suka makan tempoyak seperti saya, ini ada satu resipi sambal tempoyak kacau.

Bahan-bahannya :
3 senduk tempoyak
4 biji cili merah dan sedikit cili padi.
1 batang serai (diketuk).
Sedikit udang kering(kalau tak ada boleh gunakan ikan bilis).
1 helai daun kunyit.
Sedikit serbuk kunyit.
Garam dan gula secukup rasa. Caranya:
Kisar kesemua bahan menggunakan blender(kecuali tempoyak).

Masukkkan bahan yang di kisar ke dalam kuali dan campurkan tempoyak.
Kacau hingga sambal tersebut agak pekat.
Akhir sekali, masukkan garam dan gula. Jika rasanya kurang masam anda boleh masukkan 1 keping asam keping\gelugur.
Anda boleh tambah atau kurangkan gula dan garam mengikut kualiti tempoyak.


Inilah sambal tempoyak kacau. Jika dimakan dengan ulam, wow sedapnya... saya harap anda akan mencuba resipi ini. Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment