Monday, July 23, 2007

Flowers At Home

Hi semua!
Bunga...saya suka bunga.Ada bermacam-macam jenis bunga di sekeliling kita. Ada bunga raya, bunga kekwa, bunga cempaka dan lain-lain lagi. Perempuan ibarat bunga! Begitulah kata orang. Dekat mana persamaannya saya tak tau , yang pasti perempuan suka bunga.
Anda ceria hari ini? Jika anda hendak ceriakan sesiapa, berilah bunga. When you want to say 'sorry' ke 'I love you' ke or 'Happy Birthday' ke.. kat sesiapa 'Say it with flowers'. Ewah..bila agaknya saya nak dapat bunga?
Saya memang tak pandai arrange bunga. Entah kenapa macam tak menjadi je..jadi kat rumah, saya lebih suka gunakan pasu bunga. Macam-macam jenis pasu yang saya gunakan . Kadang-kadang tak payah beli pun.. let's check it out.


Ini bunga kat ruang tamu, pasu tu jug kaca aje, ambik kat rumah mak mertua( tak digunakan lagi). Cantik tak?

Bunga ni baru beli kat IKEA semalam. Pasu dan bunga tu only cost RM30.

Ini pasu antik. Ranting tu beli kat Puchong masa Hari Raya lepas. Kami gantung kad raya macam dulu-dulu gitu. Kad raya pun ambik dekat office suami sebab sekarang orang tak pakai kad raya dah, pakai sms atau e-mail je.


Bunga di meja makan . Balang besar tu ada penutupnya. Asalnya untuk balang gula kut. Dulu saya letak koleksi gula yang di kutip kat serata tempat(eg: hotels and restaurants). Bila suatu masa dulu gula susah nak cari, kami pakai gula tu sampai habis.

Well, ini fresh flowers! Saya akan pastikan rumah saya mesti ada fresh flowers. Apa salahnya spend sikit kan, nampaklah real sikit.So, bunga ni akan bertukar-tukar colour setiap 2 atau 3 minggu. Nak bagi bunga segar ni lambat layu, selalu-selalulah tukar airnya dan potong sikit di bahagian batangnya. Pasunya jug ala-ala orang putih...sesuai.
Ini bunga pemberian Asma dan Arissa sempena Hari Ibu yang lepas. Saya cuba nak sorok bunga ni, tapi tak boleh, sebab bila Arissa nampak dah tak ada kat atas meja, dia akan cakap 'Mak! mana bunga saya bagi tu? Sampai hati mak! Uhuk..uhuk what a taste...!
Anda perasan tak, pasu tu apa dia? Kukus lama.. saya beli kat kedai pinggan mangkuk dikampung.
Bunga ala-ala romantik. Bila romantik tu, letak lah lilin kat sebelahnya. Itu gelas aje. Senang didapati di mana-mana kedai.

Ini bunga yang dah siap design kat klip langsir. Letak kat dalam bilik untuk menyerlahkan kelambunya.
Bunga kering kat Cameron Highlands. Saya beli sebab masa tu murah dan cantik pulak. Cina yang jual tu cakap 'ini bunga paling kurang 4 tahunbaru gugur punya'. Baru aje sebulan bunga-bunganya dah berguguran ala-ala musim gugur.

Bunga di gantung di pintu masuk bilik Asma dan Arissa.


Bunga ni kat side table bilik Alia, masa ambik gambar ni dia masih tidur lagi.
Ini macam pokok taugeh je. Tapi masih elegant kan! Gelas tu bunga telur anak sedara kahwin. Orang lain guna untuk minum, saya buat untuk hiasan.
Bunga ni kat atas peti sejuk. Pasu tu plastik tempat isi botol peti sejuk lama.


Kesian kat bunga ni, betul-betul kat sebelah dapur. Hari-hari kena sedut asap dapur, dah kotor awak ye....

No comments:

Post a Comment