Tuesday, July 17, 2007

Kek Kantoi

Dua minggu yang lepas, masa Affan (anak sedara) nak kahwin, berjanji dengan dia nak buatkan kek kahwin, ala-ala acara potong kek gitu. Punyalah malas nak start buat sebab kebetulan masa tu tengah sibuk decorate bilik Asma and Arissa. Tertangguh sampailah ke hari Sabtu. Alamak hari Ahad dah nak kenduri, petang tu sedara mara pulak tu ramai datang, sibuk memasak lepas tu pergi pulak rumah Nyah sampai lewat malam sebab tolong dia buat persiapan terakhir.

Dalam pukul 12.30 malam baru le sampai rumah , punyala penat, matapun macam ala-ala nak tutupje. Apa lagi terus keluarkan telur, susu and butter dr fridge, biar dia kat room temperature jap lepas tu terus masuk semua dalam mixer. Alih-alih lupa pulak , berapa cup tepong dah di masuk ni? Bila tengah fold kek, rasa-rasa macam tak cukup je…tawakkal je ..tambah lagi half cup tepung.

Dengan confident nya terus masok kek kat dalam oven. Sementara tunggu kek masak, tanganpun bukaklah internet (nak elak dari tertidur). Dalam sepuluh minit lepas tu rasa macam tak sedap hati je, rasa macam ada main ingredient tak masok. Opsss… terlupa masok butterla… camna ni!!..Kelam-kabut keluarkan kek yang tengah panas tu, masokkan kat dalam mixer balik, putar dlm 2 minit, masok balik dalam oven.

Lepas tu saya guling-guling tergelak sorang-sorang. Ini tentu kek ni tak jadi …silap-silap esok kena belile kat kedai. Adus ! duit!! Lepas lebih kurang 30 min, saya memberanikan diri intai kek tu kat dalam oven ,eh..eh tak sangka dia naik macam, biasa. Macam tak percaya le..tapi kena percaya jugak kerana ini kisah benar..dan inilah hasilnya ....


Cantik tak, my easy-bake chocolate cake, buat lah apa saja pasti menjadi . Kesimpulannya: Do not bake a cake kalau penat sangat,tapi dgn resipi my easy –bake chocolate cake.Emmmm.. apa-apa je boleh . Nak resipinya, nantikanlah kemunculan CD-ROMnya (my latest project). InsyaAllah (sekarang ni tengah test untuk resipi kek –kek lain plak).

2 comments:

  1. i m not into cake decorating, your story is funny...at least u realised b4 the cake dah masak..if not i wonder how the cake look like ...

    thanks for dropping at mine

    ReplyDelete
  2. i meant dropping by at my blog..apology

    ReplyDelete