Saturday, July 21, 2007

Bubur Nasi Sempoi

Selamat Hujung Minggu!
Selalunya orang-orang K.L jarang sekali nak sarapan awal-awal pagi pada hujung minggu kan! Bila hari dah meninggi maka alkisahnya makanan untuk breakfast pun dah habis kat restoran ataupun gerai -gerai. Hari ni saya nak bagi resipi bubur nasi ayam/Ikan bilis. Bukan resipinya yang istimewa tapi tekniknya, supaya anda tak pening kepala untuk masak sarapan terutama untuk anak-anak bila nak pergi sekolah.
1. Lebihan nasi selepas makan malam tu janganlah di buang. Anda masukkan air di dalam rice-cooker bersama-sama dengan lebihan nasi tadi.
2. Masukkan hirisan ayam/ daging/ ikan bilis ke dalam rice -cookertersebut.
3. Campurkan lada sulah dan garam.
4. On kan periuk nasi dan anda pergilah tidur...zzzzzz.

Apabila anda bangun pagi, masukkan sedikit minyak bijan dan kacau bubur nasi tersebut. Sediakan bahan -bahan untuk tabur di atasnya seperti bawang goreng( beli aje), daun sup dan daun bawang, hirisan halia dan apa-apa sahaja ikut citarasa sendiri. Nak lebih enak lagi anda boleh masukkan bihun goreng ( seperti su'un goreng yang di makan dengan soto).Anda boleh sediakan bahan-bahan ini terlebih dahulu dan di simpan di dalam peti sejuk. Jadi lebih mudah lah anda nak sediakan sarapan.
Fikirkan lah... sambil tidurpun anda boleh sediakan hidangan kan!
notes:
Kalau nak buat mee-hoon goreng tu pastikan minyak untuk menggoreng tu betul-betul panas. Anda boleh gorengnya sebanyak mungkin dan simpan didalam air-tight container untuk resipi-resipi yang akan datang.


Nak cerita sikit pasal bubur nasi!

Sesetengah orang anggap bubur nasi sebagai makanan untuk kanak-kanak atau untuk orang yang sakit. Ada jugak yang comment" Apa nak jadi, nasi sudah menjadi bubur"(the rice has already become porridge)-maksudnya segalanya dah terlambat-dalam perkataan lain nasi dah tak rupa nasi lagi... dah jadi bubur. Saya masih suka bubur nasi lagi sebab ianya banyak khasiat dan boleh di hidangkan dari awal pagi hinggalah lewat malam, bahkan sesuai jugak untuk juadah berbuka puasa dan bersahur. Ianya senang untuk di hadamkan, so bila anda demam elok makan bubur nasi ni. Di China dan di Thailand bubur nasi di panggil rice congee. Dari segi asasnya bubur nasi ni sama aje cuma berbeza dengan bahan-bahan yang ditaburkan di atasnya. Ada jugak yang di makan dengan sup. Ibu saya suka menyediakan bubur nasi dan dicampurkan dengan sedikit santan + lada hitam. Sedap !tapi tak sesuai untuk yang nak berdiet. Kesimpulannya anda gunakanlah kreativiti anda untuk menyediakan pelbagai rasa dan rupa bubur nasi dengan cara yang basic tadi. Ok !


Untuk menunaikan permintaan Anom, resipi' Shepperd Pie 'akan menyusuri selepas ini.

1 comment:

  1. Anonymous3:55:00 PM

    ssuai utk bdiet kn?kn? huhu...

    ReplyDelete