Sunday, July 29, 2007

Sambal Tempoyak Kacau

For those yang suka makan tempoyak seperti saya, ini ada satu resipi sambal tempoyak kacau.

Bahan-bahannya :
3 senduk tempoyak
4 biji cili merah dan sedikit cili padi.
1 batang serai (diketuk).
Sedikit udang kering(kalau tak ada boleh gunakan ikan bilis).
1 helai daun kunyit.
Sedikit serbuk kunyit.
Garam dan gula secukup rasa. Caranya:
Kisar kesemua bahan menggunakan blender(kecuali tempoyak).

Masukkkan bahan yang di kisar ke dalam kuali dan campurkan tempoyak.
Kacau hingga sambal tersebut agak pekat.
Akhir sekali, masukkan garam dan gula. Jika rasanya kurang masam anda boleh masukkan 1 keping asam keping\gelugur.
Anda boleh tambah atau kurangkan gula dan garam mengikut kualiti tempoyak.


Inilah sambal tempoyak kacau. Jika dimakan dengan ulam, wow sedapnya... saya harap anda akan mencuba resipi ini. Selamat mencuba!

Thursday, July 26, 2007

Dining Decorations 101

I love decorating. Once in a while, bila ada close family hold a wedding or celebrate birthday, i will volunteer to decorate the main table. Masa ni la keluar all my ideas and also an opportunity to show off to my dear older sister. Almost always dia mesti jealous punya. Ha, ha, ha.... Anyway here are some samples of my recent kerjatangan. Tak ada lah cantik sangat tapi oklah. Yang penting I did it with a minimal budget, using mostly barang-barang yang dah sedia ada kat rumah.

Limau kasturi as a centrepiece, diselitkan bunga babybreath. Ini masa my niece punya malam nikah last June.
This is the main table. To make it more romantic i taburkan rose petals all over the table.


Pandangan sisi the main table.

This is a tea-spread masa the same niece bertunang last November. It is a buffet spread so i susun all the kuih-muih atas dulang to make it kemas and elegant. To enhance the spread, i put fresh flowers kat atas cup cakes. Nampak macam mat salleh ler...

Ini pulak masa Alia and Asma calebrated their birthday last year. It was an all girls party where they invited their close friends. Pening jugak nak come-up with a pre-teen punya party decoration but Alhamdulillah they seemed to like it. I pasted each guest punya nama kat paper cup. Selain unik dan cantik it minimizes pembaziran paper cup. I used colourful paper wrappers as a table cloth. Lepas itu i lekatkan large beads along the border of the papers to secure it. To finish it of, i selitkan fresh flowers pulak. Definetely a girls's party.

From another angle.

Wednesday, July 25, 2007

Shepherd's Pie


While in school, my best friend is Doreen Fong. Oh! That was many many many years ago. We clicked as we both (even at that young age, would you believe it?) like to try new recipes. She would sometimes came over my place, stayed overnight (normally waktu cuti sekolah) and turned my mother's kitchen upside down.
This Shepherd's Pie recipe(as above) was given by my dear Doreen (who's now had settle down in Miri, jauh la Doreen) while we were in Form 5. I've modified it over the years and now it's a hit among my nieces, nephews and younger cousins especially that gentleman from Ipoh - Meor Hamzah.


Ingredients A(Fillings):
From left:
Mix vege, minced chicken/beef, sos tiram, mushroom, garlic, salt, white pepper, oregano and thymes(centre).


Fry the garlic and then add mushroom.

Add mix vege



Masukkan minced chicken / beef .


Campurkan sedikit air lebihan mushroom.


Add salt, white pepper, oregano and thymes.

Finally campurkan sos tiram/soy sauce and cooked until dry.


Ingredient B (Pastry):
From left:
USA potatoes,butter, white pepper,cheese,milk.
Boiled the potatoes first in their jacket with salt until soft. Cool it and peeled skin.
To make it easier, blend all the ingredients, rather than mashed it using fork. You can add more milk.

Masukkan ing.B kat dalam bekas .

Put the filling on top of it.

Coverkan the filling dengan remaining potatoes.

Taburkan cheese kat atasnya( you can use any types of cheese).



Put it in the oven and bake until lightly brown.

Done. Yummy... yummy




Monday, July 23, 2007

Flowers At Home

Hi semua!
Bunga...saya suka bunga.Ada bermacam-macam jenis bunga di sekeliling kita. Ada bunga raya, bunga kekwa, bunga cempaka dan lain-lain lagi. Perempuan ibarat bunga! Begitulah kata orang. Dekat mana persamaannya saya tak tau , yang pasti perempuan suka bunga.
Anda ceria hari ini? Jika anda hendak ceriakan sesiapa, berilah bunga. When you want to say 'sorry' ke 'I love you' ke or 'Happy Birthday' ke.. kat sesiapa 'Say it with flowers'. Ewah..bila agaknya saya nak dapat bunga?
Saya memang tak pandai arrange bunga. Entah kenapa macam tak menjadi je..jadi kat rumah, saya lebih suka gunakan pasu bunga. Macam-macam jenis pasu yang saya gunakan . Kadang-kadang tak payah beli pun.. let's check it out.


Ini bunga kat ruang tamu, pasu tu jug kaca aje, ambik kat rumah mak mertua( tak digunakan lagi). Cantik tak?

Bunga ni baru beli kat IKEA semalam. Pasu dan bunga tu only cost RM30.

Ini pasu antik. Ranting tu beli kat Puchong masa Hari Raya lepas. Kami gantung kad raya macam dulu-dulu gitu. Kad raya pun ambik dekat office suami sebab sekarang orang tak pakai kad raya dah, pakai sms atau e-mail je.


Bunga di meja makan . Balang besar tu ada penutupnya. Asalnya untuk balang gula kut. Dulu saya letak koleksi gula yang di kutip kat serata tempat(eg: hotels and restaurants). Bila suatu masa dulu gula susah nak cari, kami pakai gula tu sampai habis.

Well, ini fresh flowers! Saya akan pastikan rumah saya mesti ada fresh flowers. Apa salahnya spend sikit kan, nampaklah real sikit.So, bunga ni akan bertukar-tukar colour setiap 2 atau 3 minggu. Nak bagi bunga segar ni lambat layu, selalu-selalulah tukar airnya dan potong sikit di bahagian batangnya. Pasunya jug ala-ala orang putih...sesuai.
Ini bunga pemberian Asma dan Arissa sempena Hari Ibu yang lepas. Saya cuba nak sorok bunga ni, tapi tak boleh, sebab bila Arissa nampak dah tak ada kat atas meja, dia akan cakap 'Mak! mana bunga saya bagi tu? Sampai hati mak! Uhuk..uhuk what a taste...!
Anda perasan tak, pasu tu apa dia? Kukus lama.. saya beli kat kedai pinggan mangkuk dikampung.
Bunga ala-ala romantik. Bila romantik tu, letak lah lilin kat sebelahnya. Itu gelas aje. Senang didapati di mana-mana kedai.

Ini bunga yang dah siap design kat klip langsir. Letak kat dalam bilik untuk menyerlahkan kelambunya.
Bunga kering kat Cameron Highlands. Saya beli sebab masa tu murah dan cantik pulak. Cina yang jual tu cakap 'ini bunga paling kurang 4 tahunbaru gugur punya'. Baru aje sebulan bunga-bunganya dah berguguran ala-ala musim gugur.

Bunga di gantung di pintu masuk bilik Asma dan Arissa.


Bunga ni kat side table bilik Alia, masa ambik gambar ni dia masih tidur lagi.
Ini macam pokok taugeh je. Tapi masih elegant kan! Gelas tu bunga telur anak sedara kahwin. Orang lain guna untuk minum, saya buat untuk hiasan.
Bunga ni kat atas peti sejuk. Pasu tu plastik tempat isi botol peti sejuk lama.


Kesian kat bunga ni, betul-betul kat sebelah dapur. Hari-hari kena sedut asap dapur, dah kotor awak ye....

Saturday, July 21, 2007

Bubur Nasi Sempoi

Selamat Hujung Minggu!
Selalunya orang-orang K.L jarang sekali nak sarapan awal-awal pagi pada hujung minggu kan! Bila hari dah meninggi maka alkisahnya makanan untuk breakfast pun dah habis kat restoran ataupun gerai -gerai. Hari ni saya nak bagi resipi bubur nasi ayam/Ikan bilis. Bukan resipinya yang istimewa tapi tekniknya, supaya anda tak pening kepala untuk masak sarapan terutama untuk anak-anak bila nak pergi sekolah.
1. Lebihan nasi selepas makan malam tu janganlah di buang. Anda masukkan air di dalam rice-cooker bersama-sama dengan lebihan nasi tadi.
2. Masukkan hirisan ayam/ daging/ ikan bilis ke dalam rice -cookertersebut.
3. Campurkan lada sulah dan garam.
4. On kan periuk nasi dan anda pergilah tidur...zzzzzz.

Apabila anda bangun pagi, masukkan sedikit minyak bijan dan kacau bubur nasi tersebut. Sediakan bahan -bahan untuk tabur di atasnya seperti bawang goreng( beli aje), daun sup dan daun bawang, hirisan halia dan apa-apa sahaja ikut citarasa sendiri. Nak lebih enak lagi anda boleh masukkan bihun goreng ( seperti su'un goreng yang di makan dengan soto).Anda boleh sediakan bahan-bahan ini terlebih dahulu dan di simpan di dalam peti sejuk. Jadi lebih mudah lah anda nak sediakan sarapan.
Fikirkan lah... sambil tidurpun anda boleh sediakan hidangan kan!
notes:
Kalau nak buat mee-hoon goreng tu pastikan minyak untuk menggoreng tu betul-betul panas. Anda boleh gorengnya sebanyak mungkin dan simpan didalam air-tight container untuk resipi-resipi yang akan datang.


Nak cerita sikit pasal bubur nasi!

Sesetengah orang anggap bubur nasi sebagai makanan untuk kanak-kanak atau untuk orang yang sakit. Ada jugak yang comment" Apa nak jadi, nasi sudah menjadi bubur"(the rice has already become porridge)-maksudnya segalanya dah terlambat-dalam perkataan lain nasi dah tak rupa nasi lagi... dah jadi bubur. Saya masih suka bubur nasi lagi sebab ianya banyak khasiat dan boleh di hidangkan dari awal pagi hinggalah lewat malam, bahkan sesuai jugak untuk juadah berbuka puasa dan bersahur. Ianya senang untuk di hadamkan, so bila anda demam elok makan bubur nasi ni. Di China dan di Thailand bubur nasi di panggil rice congee. Dari segi asasnya bubur nasi ni sama aje cuma berbeza dengan bahan-bahan yang ditaburkan di atasnya. Ada jugak yang di makan dengan sup. Ibu saya suka menyediakan bubur nasi dan dicampurkan dengan sedikit santan + lada hitam. Sedap !tapi tak sesuai untuk yang nak berdiet. Kesimpulannya anda gunakanlah kreativiti anda untuk menyediakan pelbagai rasa dan rupa bubur nasi dengan cara yang basic tadi. Ok !


Untuk menunaikan permintaan Anom, resipi' Shepperd Pie 'akan menyusuri selepas ini.

Isi Ayam Black Bean

Hi semua!
Apa agaknya juadah yang akan di masak untuk tengahari ni? Tadi saya experimented with a new recipe. Nak cuba ?

Jom lihat dulu bahan-bahannya.

  • Semangkuk isi ayam
  • 2 labu bawang merah, 2 ulas bawang putih, 2 inci halia(di hiris halus)
  • 3 biji ubi kentang(di potong dadu dan digaulkan dengan sedikit kunyit)
  • 3 batang saleri
  • 1 bungkus black bean
  • 2 sudu sos tiram di campurkan dengan 2 sudu sos ikan
  • Hirisan cili merah dan cili hijau
  • Minyak untuk menggoreng ayam dan menumis
  • Sedikit minyak bijan
  • Sedikit tepung jagung
  • Garam secukup rasa
Ini di antara bahan-bahannya. Batang saleri boleh digantikan dengan karot atau apa-apa saja, ikut selera sendiri.

Inilah black bean. Tak mahal, sebungkus hanya 50 sen aje.Ianya macam adik beradik taucu tapi ianya kering. A bit salty, jadi hati-hati dengan kuantiti garam.
Caranya:
  • Mula-mula goreng ubi kentang. Angkat dan letak di sebelah.
  • Gaulkan ayam dengan sedikit garam dan tepung jagung dan terus goreng dengan menggunakan lebihan minyak tadi.
  • Tumis bawang merah, bawang putih serta halia sehingga terbit bau.
  • Masukkan black bean dan kacau hingga garing.
  • Masukkan ayam bersama dengan ubi kentang.
  • Campurkan sos tiram+sos ikan.
  • Masukkan batang saleri dan hirisan cili.
  • Akhir sekali campurkan sedikit minyak bijan dan garam secukup rasa.
  • Jika anda inginkan kuahnya pekat sedikit campurkan sedikit tepung jagung bersama air dan masukkan kedalamnya.
Dah siap pun, dan inilah hasilnya...


Enjoy.......
Notes:
  • Ubi kentang akan nampak cantik jika digaulkan dengan sedikit kunyit sebelum di goreng.
  • Ayam yang digaulkan dengan tepung jagung terlebih dahulu akan lebih rangup.
  • Hirisan cili akan nampak cantik jika bijinya di buang terlebih dahulu.

Selamat Mencuba!

Wednesday, July 18, 2007

Baking Soda

Dah seminggu peti sejuk saya berbau. Entah datang dari mana pun tak tau. Almakhlumlah sekarang ni musim buah-buahan. Segala macam buah ada kat dalam tu, durian, jambu, mempelam, tempoyak, epal, buah naga dan macam-macam lagi barang. Timbullah bau yang tak mau hilang-hilang walaupun dah di cuci beberapa kali. Semalam saya pun teringat untuk meletakkan baking soda kat dalam peti sejuk. Pagi ni tiba-tiba baunya dah pun hilang.It worked! Thank you baking soda....




Tahukah anda apa itu baking soda? Ia juga dikenali sebagai sodium bikarbonate. Ianya adalah sejenis alkali dan apabila di campurkan dengan bahan-bahan yang berasid seperti jus lemon/limau, coklat, youghurt, susu masam, buttermilk ianya akan bertindakbalas sebagai agen penaik. Baking soda bertindakbalas dengan cepat, jadi pastikan apabila anda menggunakan baking soda di dalam adunan anda, adunan di masukkan secepat mungkin ke dalam oven. Kebiasaannya baking soda di gunakan untuk membuat kek, biskut, muffin dan lain-lain tetapi tahukah anda lain-lain kegunaan baking soda dalam membantu anda di dapur?

Ia boleh di gunakan untuk :


* Membersihkan oven- Taburkan baking soda , biarkan seketika dan kemudian bersihkan menggunakan sponge dan air.


* Menanggalkan kesan-kesan karat kat plastik items seperti 'Tupperware'- Scrub sekuat hati anda.


* Menanggalkan kesan-kesan hangus pada periuk atau kuali- Panaskan baking soda didalam periuk atau kuali tersebut dengan api perlahan hinggalah kesemua kesan-kesan tersebut hilang.


Banyak lagi kegunaan baking soda. Lain kali saya akan cuba paparkan lagi. Jadi pastikan anda menyimpan beberapa botol baking soda di dalam rumah anda!ok!




Tuesday, July 17, 2007

Kek Kantoi

Dua minggu yang lepas, masa Affan (anak sedara) nak kahwin, berjanji dengan dia nak buatkan kek kahwin, ala-ala acara potong kek gitu. Punyalah malas nak start buat sebab kebetulan masa tu tengah sibuk decorate bilik Asma and Arissa. Tertangguh sampailah ke hari Sabtu. Alamak hari Ahad dah nak kenduri, petang tu sedara mara pulak tu ramai datang, sibuk memasak lepas tu pergi pulak rumah Nyah sampai lewat malam sebab tolong dia buat persiapan terakhir.

Dalam pukul 12.30 malam baru le sampai rumah , punyala penat, matapun macam ala-ala nak tutupje. Apa lagi terus keluarkan telur, susu and butter dr fridge, biar dia kat room temperature jap lepas tu terus masuk semua dalam mixer. Alih-alih lupa pulak , berapa cup tepong dah di masuk ni? Bila tengah fold kek, rasa-rasa macam tak cukup je…tawakkal je ..tambah lagi half cup tepung.

Dengan confident nya terus masok kek kat dalam oven. Sementara tunggu kek masak, tanganpun bukaklah internet (nak elak dari tertidur). Dalam sepuluh minit lepas tu rasa macam tak sedap hati je, rasa macam ada main ingredient tak masok. Opsss… terlupa masok butterla… camna ni!!..Kelam-kabut keluarkan kek yang tengah panas tu, masokkan kat dalam mixer balik, putar dlm 2 minit, masok balik dalam oven.

Lepas tu saya guling-guling tergelak sorang-sorang. Ini tentu kek ni tak jadi …silap-silap esok kena belile kat kedai. Adus ! duit!! Lepas lebih kurang 30 min, saya memberanikan diri intai kek tu kat dalam oven ,eh..eh tak sangka dia naik macam, biasa. Macam tak percaya le..tapi kena percaya jugak kerana ini kisah benar..dan inilah hasilnya ....


Cantik tak, my easy-bake chocolate cake, buat lah apa saja pasti menjadi . Kesimpulannya: Do not bake a cake kalau penat sangat,tapi dgn resipi my easy –bake chocolate cake.Emmmm.. apa-apa je boleh . Nak resipinya, nantikanlah kemunculan CD-ROMnya (my latest project). InsyaAllah (sekarang ni tengah test untuk resipi kek –kek lain plak).

Mari Kita Berkenal-Kenal.

Hi semua,

Saya seorang homemaker di Subang Jaya ingin berkongsi cerita, pengalaman, rasa dan apa-apa saja yang seronok-seronok. Moga apa yang dipaparkan akan ada manfaatnya kepada semua.I am into cooking, baking, and making good beautiful practical things for homes. I hope together we will learn something here. Let the show begins...............

Sincerely,
Mrs. Goodthings @ Home