Wednesday, April 15, 2009

Percuma: Majalah i-Dapur

Introducing Majalah i-Dapur. Ini sebenarnya sebuah e-majalah (as in ebook) dan Insya Allah akan dikeluarkan setiap bulan ini. Matlamat kami ialah untuk berkongsi kisah-kisah kejayaan terutamanya kejayaan mereka yang berniaga dari rumah. Semoga kisah-kisah sebegini akan memberi semangat dan inspirasi kepada kita untuk terus berusaha mencipta kejayaan.
Majalah i-Dapur secara khususnya akan membincangkan perihal bagaimana kita boleh mengoptimasikan rumah terutamanya dapur kita baik dari sudut bisnes mahupun penggunaan seharian.

Insya Allah ia akan dipenuhi dengan pelbagai cerita bisnes dari dapur, tips-tips dan petua-petua menarik.Majalah ini juga akan menitipkan informasi, tips dan berita terkini tentang perniagaan dari dapur dan rumah. InsyaAllah.

Malahan sekiranya anda juga ada perkara-perkara yang boleh dikongsi bersama-sama, bolehlah anda emel kepada kami agar boleh kita siarkankan untuk edisi yang akan datang.

Di dalam edisi bulan ini, kami memberi fokus terhadap perniagaan kelas memasak. Perniagaan sebegini boleh diketengahkan dengan memberi pendekatan dan penampilan yang boleh menarik minat orang ramai dan yang bagusnya ia boleh dijalankan hanya dari dapur atau rumah anda sahaja.

Apa yang penting ialah kita perlu mempersiapkan diri secara mental dan fizikal sebelum terjun di bidang ini. Bisnes dari dapur bukan sekadar main tangkap muat sahaja. Oleh itu sebelum memulakan langkah pertama kita perlu tingkatkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman. Iringkan dengan doa dan tawakal kepada Allah sentiasa, kami pasti anda akan berjaya mencipta kejayaan yang diimpikan.

Harapan kami semoga anda mendapat manfaat dari majalah ini. Kami juga mengalu-alukan pendapat dan pandangan dari anda.

OH ya majalah ini percuma sahaja. Untuk dapatkan satu cuma emelkan pesanan kepada majalah@duniadapur.com. Sharing is Caring!!

By the way, I was featured in NST (Tech&U) a couple of weeks back. Huyooo. Hahaha. Thanks Ana.

1 comment: