Saturday, January 10, 2009

Sotong Masak Nyonya


Sebenar cerita saya tak ingat dari mana resipi ini saya dapat. Most probably dari 703 kot. Apapun, memasaknya tidak sesusah mana dan hasilnya is like yummy! Apatah lagi kalau sotong memang kegemaran, like in my home. Oh ya... hari ni sukatan main agak2 aje ya.

Bahan-bahannya:
Sotong (dah tentuler kan?)
Bawang merah
Bawang putih
Cili merah
Cili sos
Sedikit sos tiram
Sedikit tepung jagung
Daun pudina
Garam dan gula ( mesti)
Sedikit sos ikan untuk bagi kick

Cara-caranya:
Kisar bawang merah, putih dan cili. Sampai hancur, kalau tak ... kisar lagi!
Tumiskan bahan-bahan ini sampai satu dapur dah berbau.
Masukkan cili sos dan sos tiram (ini ikut suka lah ya).
Masukkan sotong dan tambahkan sedikit air (oh ya! jangan lupa bersihkan sotong ni dulu ya. Janganler pulak masukkan sotong dengan dakwat2 dia sekali... menangis mak mertua nanti)
Bancuhkan tepung jagung (dalam dua sudu besar) dengan sedikit air dan masukkan ke dalamnya.
Akhir sekali masukkan sedikit daun pudina, garam, gula dan sos ikan.
Jangan masak terlalu lama. Ditakuti sotong akan liat.
Dah pun siap!

6 comments:

  1. macam masak padprik pulak kan....kalau fresh sotong nih mesti yummmeh lagi

    ReplyDelete
  2. Thanks for the recipe, Yan.

    I guess, we can also use prawns instead of sotong for this recipe? And kalau guna daun ketumbar instead of daun pudina, boleh tak? I ni kalau makan daun pudina lebih sket, mulalah perut masuk angin. I dunno why :(

    ReplyDelete
  3. Zai,
    Sorry lambat balas.
    Rasanya lain sikit sebab guna daun pudina. Cubalah

    ReplyDelete
  4. Shana,
    Guna prawn boleh jugak tapi kalau ayam macam tak sesuai pulak. Boleh guna daun ketumbar, tak ada masaalah.
    Take care!

    ReplyDelete
  5. hmmmmm...nampak sungguh sedap....tunggu ari beli sotong dulu la..hehe

    ReplyDelete
  6. salam singgah...lazat nye sotong ni...alamak blom dinner lg ni...langsung rasa lapoo dah..

    ReplyDelete