Thursday, February 12, 2009

Dunia Dapur 2.0


Pada bulan Oktober 2008 lalu saya telah melancarkan e-book Bisnes Dari Dapur melalui Dunia Dapur.Com. Saya akui memang masih banyak kekurangan baik dari segi ebook tersebut mahupun laman web Dunia Dapur.Com. Hasil dari itu saya telah berusaha untuk memperbaiki mana yang kurang dan dengann bantuan profesional Sabri dari SaifulSham.Com .... kini laman web milik saya tampil dengan wajah baru yang lebih segar. E-book yang ditawarkan juga telah diberi nafas baru dengan tambahan maklumat yang lebih terkini sesuai dengan suasana bisnes di Malaysia.
Versi baru ini juga menampilkan dua pakej berlainan.
Bagi Pakej Regular, anda akan menerima Ebook Rahsia Buat Duit Dari Dapur beserta 3 Bonus hebat iaitu Tujuh Idea Hebat Bisnes Dari Dapur; Koleksi Resipi Kek Mudah Cepat dan Kuiz Kendiri Keusahawanan.
Bagi Pakej Premium anda akan menerima kesemua e-book dan bonus seperti di atas beserta dengan ebook Koleksi Penyata Kewangan (sesuai untuk mereka yang tidak mahir dalam hal-ehwal perakaunan).



Saturday, February 7, 2009

Doa Dari Kami

Tumpah juga air mata
pabila insan yang
Aku tahu
Aku kenal
Dihina dan dicerca
Oleh manusia yang berhati busuk

Namun bangganya diri ini kerna
Kekuatan dan pengorbanannya
Persis khalifah Islam yang agong
Lantas aku mengesat airmata ini

Aku tahu kesusahan yang kau tanggung
demi membela nasib rakyat
Biarlah apa pandangan yang lain

Kami menyanjungimu
Kami sentiasa mendoakan
Moga Allah s.w.t memberkatimu
Harapan kami tidak akan pudar